Darul Quran

product 1

Sebuah Institusi pengajian Al-Quran pertama di Malaysia yang menawarkan pendidikan bertaraf Sijil Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

PERKEMAT DQ

product 1

Badan NGO yang membantu menguruskan kebajikan Siswa Siswi Darul Quran

Artikel Siswa Siswi Darul Quran

product 1

Memaparkan Koleksi Artikel Siswa Siswi Darul Quran

Pada 29 April - 1 Mei 2011 Sekolah Menengan Kebangsaan Ampang Pecah (BESTARI) yang mana merupakan jiran Darul Quran telah menjemput seramai 20 Orang Fasilitator dan 8 Orang Koordinator bagi mengendalikan program NADWAH KECEMERLANGAN PELAJAR ISLAM untuk pelajar-pelajar
tingkatan 3 dan 5.

Program kali ini lebih menekankan bab solat, akhlak remaja akhir zaman serta tatacara seorang pelajar muslim. Di akhir program ini Pelajar-pelajar dan ibu bapa didedahkan dengan ceramah yang bertajuk "Ibu Bapa Peranan Penting untuk anak-anak".

Pelbagai input yang diterima oleh para pelajar di sini yang mana mereka benar0benar tersentuh dengan setiap aktiviti yang dijalankan.
 Pada 15-16 Mac 2011 Kelab Fasilitator Darul Quran sekali dijemput untuk menjadi fasilitator bagi
KEM IBADAH GEN Y untuk adik-adik tingkatan 3 dan 5. Program Kali ini adalah dengan kerjasama Mantop Training and Consultancy.

Seramai 180 orang pelajar telah menyertai kem ini yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Serendah.

Kem ini diadakan bagi mendidik para pelajar untuk mengenali keadaan semasa dan mendidik para pelajar untuk mengenali keindahan islam.
Pada pertengahan Mac 2011 Kelab Fasilitator Darul Quran Telah Dijemput untuk menjada Fasilitator bagi program MUKHAYYAM QIYADI TING 3 bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Rawang (SEPINTAR).

Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi melatih adik-adik tingkatan 3 menjadi seorang pemimpin islam yang berjaya.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Mengenal Allah, Forum, Muhasabah Diri, Riadah dan banyak lagi.