Darul Quran

product 1

Sebuah Institusi pengajian Al-Quran pertama di Malaysia yang menawarkan pendidikan bertaraf Sijil Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

PERKEMAT DQ

product 1

Badan NGO yang membantu menguruskan kebajikan Siswa Siswi Darul Quran

Artikel Siswa Siswi Darul Quran

product 1

Memaparkan Koleksi Artikel Siswa Siswi Darul Quran

Baru-baru ini, Kelab Fasilitator telah berada di Batu caves bersempena dengan Kem Motivasi yang diadakan khas untuk pelajar darjah enam yang akan menghadapi peperiksaan PSRA. Kem ini berlangsung selama dua hari, sabtu dan ahad. Namun begitu, krew Kelab Fasililatator seramai 15 orang telah tiba awal sehari bagi membuat persediaan. Krew yang terlibat adalah seramai 6 orang lelaki dan 9 orang perempuan.
     Objektif kem ini adalah bagi memberi semangat kepada para pelajar agar lebih bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan yang bakal mendatang dan menekankan nilai-nilai islam dalam rutin seharian prelajar. Antara aktiviti yang menarik yang telah diadakan adalah explorace, riadah bermodul, senam robik, Tahsin Al-Quran, dan Qiamullail. Aktiviti yang diadakan lebih kepada membedah kefahaman pelajar tentang pelajaran Fardhu Ain yang telah mereka pelajari. Antara yang ditekankan adalah praktikal wudhuk, tayammum, doa dan kefahaman asas-asas fardhu ain.
     Alhamdulillah, pelajar memberi sokongan yang jitu di dalam kem ini. Semoga adik-adik SRA Sg. Tua mendapat ibrah daripada kem yang telah diadakan ini. Wallahua'lam
     







































         Kelab Fasilitator telah membuka borang keahlian pada 04 Jun 2013 bertempat di atas okump. Untuk kali ini. Kelab Fasilitator telah membuka sebanyak 25 ruang untuk muslimin dan juga muslimat.
         Sesi temuduga pada hari tersebut telah mendapat sambutan yang hangat daripada diploma semester 1. Sesi temuduga kali ini menampakkan pembaharuan dengan dua sesi iaitu sesi tahriri dan kuiz. Kuiz ini dikendalikan oleh saudara pengerusi, Ahmad Idris Bin Azmi dan saudara Muhammad Munir Bin Rahimi. Menepati kouta yg ditetapkan. InsyaAllah senarai nama ahli yang terpilih akan ditampal di softboard asrama. Semoga dengan adanya keahlian yang baru ini KEFDA menjadi lebih maju wallahualam

Kelab Fasilitator Darul Quran secara officially telah melibatkan diri dalam Language Fun Fiesta dengan membuka sebuah gerai atas nama Kelab Fasilitator Darul Quran. Gerai yang dibuka ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan KEFDA kepada warga Darul Quran juga sekelilingnya. Selain itu, Ia juga bertujuan untuk menjana dana Kelab.
        Alhamdulillah, gerai ini mendapat sambutan daripada ramai pihak.Terdapat beberapa pameran diadakan di gerai ini. Sedikit sebanyak memperkenalkan KEFDA kepada warga Darul Quran..
wallahualam.




                Kelab Fasilitator Darul Quran telah mengadakan Annual Grand Dinner  Kefda untuk sesi 2013 bertempat di Auditorium Sheikh Mohd Noor, Darul Quran JAKIM pada 5 Februari 2013. Ia berlangsung dari jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 11 malam. Antara yang hadir pada malam itu adalah ahli Kelab fasilitator Darul Quran dan mantan perwakilan KEFDA 12/13.
               
           Antara objektif Majlis ini adalah:
-          Meraikan mantan perwakilan KEFDA sesi 12/13
-          Memperkenalkan pucuk pimpinan dan gagasan KEFDA sesi 13/14
-          Merapatkan ukhuwwah antara ahli kelab dan perwakilan KEFDA.
-          Memberi ruang kepada ahli KEFDA untuk member cadangan pembaharuan dalam kelab.
-          Menerangkan tentang lebih lanjut tentang fungsi kelab kepada ahli KEFDA.

         Antara aktiviti yang berlangsung pada malam Annual Grand Dinner kali ini adalah:-
           - Tayangan korporat Perwakilan KEFDA sesi 12/13 dan Perwakilan KEFDA sesi 13/14
           - ucapan mantan pengerusi dan pengerusi baru
           - Tayangan aktiviti KEFDA sepanjang tahun lepas
           - serba sedikit penerangan tentang aktiviti KEFDA yang bakal berlangsung sepanjang tahun ini
           - Jamuan makan


Gagasan kali ini yang bertemakan “Ke arah anjakan Paradigma” berharap agar KEFDA menjadi salah satu medium dakwah yang dapat memberi ruang kepada ahli-ahlinya untuk terus berjuang dalam medan dakwah dan memantapkan ilmu serta pengalaman. Wallahualam.


Masa yang berlalu dengan pantas bagaikan tidak terasa bahawa Semester (6) Akhir bagi Intergriti Rasyidul Huffaz, Semester (4) Bagi Fi Zilalil Quran & Semester (2) Bagi Nizomul Qiadah Li Ummatil Huffaz.

Rasanya bagaikan baru je di Darul Quran, tapi apakan daya masa yang terlalu pantas.

Kelab Fasilitator DQ juga akan menyerahkan segala mandat serta amanah kepada pimpinan yang baru pada masa & tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Semoga Pimpinan Yang baru nanti akan lebih bersemangat untuk terus membawa KEFDA ke arah yang lebih maju.

Selamat ber semester baru...........

Selamat Maju Jaya.

Barisan Pimpinan Kelab Fasilitator Darul Quran
mengucapkan Salam Ramadhan Mubarak kepada seluruh warga Darul Quran &
Seluruh rakyat Malaysia.

Seoga ramdahan kali ini membawa satu perubahan dalam menjadi insan yang Beriman & Bertaqwa.


Kelab Fasilitator Darul Quran telah mengadakan satu Perjumpaan Ahli IQRAC & Sem 1 bersama Ketua- Ketua Unit.

Perjumpaan ini bertujuan utk memberi ruang pd ahli-ahli kefda yang terdiri dari siswa Pensijilan DQ-UIAM 2010/12 & siswa Diploma Tahfiz Al-Quran 2011/14 mengenali lebih dekat Ketua unit masing-masing, serta merencana & menyusun aktiviti, pelaksanaan & melantik unit-unit kecil di bawah setiap unit yang ada.

Alhamdulillah respon y diterima amat menggalakkan. Perancangan yang asalnya haya 45 minit sahaja, telah membawa kepada 1 jam 30 minit kerana komitmen-komitmen yang diberikan serta kesungguhan semua dalam membentuk sebuah Kelab Fasilitator yang terunggul serta dipercayai oleh setiap lapisan masyarakat.

Butiran program seperti berikut :

Tarikh : 5 Julai 2011 (Selasa)

Masa :9.45 malam

Tempat : Bilik Bacaan, Asrama Siswa Blok B, Darul Quran, JAKIM.
Kelab Fasilitator Darul Quran telah mengadakan "Ifthor Mahabbah KEFDA" yang mana melibatkan semua ahli & Perwakilan KEFDA sesi 2010/2011.

Butiran program seperti berikut :

Tarikh : 30 Jun 2011 (Khamis)
Masa : 6.00 p.m
Tempat : Pusat Islam Darul Quran.
Sasaran : Di Wajibkn kepada Semua Ahli (Siswa Sahaja).

OBJEKTIF

1. Memperkukuhkan Ukhuwah setiap ahli KEFDA.

2. Memupuk rasa kasih & sayang setiap ahli dalam membentuk fasilitator huffaz yang berketerampilan.

3. Menyeru fasilitator huffaz untuk bersatu menyebarkan dakwah Islamiah.

Agenda:

1. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

2. Sekapur Sireh Pengerusi KEFDA 2010/11

3. Tazkirah oleh Akh Mohd Zaki Bin Misbari (Monitor KEFDA 2010/11)

4. Ifthor Mahabbah + Suapan Kasih Sayang

Tema:

"Semarak Prjuangan, Semurni Pgrbnan, Mggapai Redha Tuhan"

Harapan kami dari barisan kepimpinan KEFDA 2010/11 agar ifthor ini sedikit sebanyak membantu ahli-ahli kefda utk bersatu dalam menyebarkan dakwah y sempurna.
Kelab Fasilitator Perkemat DQ mengalu-alukan sebarang p'kongsian artikel atau rencana y dapat di muatkan dlm blog ini. Agar ianya dapat menjadi bahan bacaan y b'guna kpd semua pelayar2 blog.

Sebarang artikel y ingin di muatkan dlm blog KEFDA bolehla terus bhubung dengan Akh Mohd Faisal B. Mohd Sukerna di talian 013-9943023 (Ketua Unit Teknikal & Multimedia- UTM) atau monitor UTM Akh Muhammad Nazim B. Siham di talian 017-3762425.

Semoga segala p'kongsian dr mana2 pihak akan dpt membantu blog KEFDA trus di layari tanpa merasa jemu.

Sekian
Alhamdulillah Malam Pengenalan KEFDA dapat berjalan dengan jayanya. Pelbagai respon yang diterima daripada ahli-ahli KEFDA yang baru. Terutamanya adik-adik semester satu yang teruja dengan pengisian-pengisian yang diadakan.

Antara VIP yang hadir ialah Ustaz Razlan Bin Bakri ( Pensyarah Darul Quran ), Che Faizul Azhar Bin Che Mat ( YDP PERKEMAT ), Dan Ex-Officio KEFDA Mohd Zaki Bin Misbari ( TYDP PERKEMAT ). Tidak dilupa juga barisan Exco-Exco perkemat merangkap ahli-ahli KEFDA.


Antara pengisian yang diadakan adalah :

1. Booster Talk oleh Ustaz Razlan Bin Bakri
2. Ucapan Ex-Officio KEFDA
3. Slot Istimewa Oleh Pengerusi KEFDA sesi 2010/11
4. Tayangan Video Korprat
5. Tayangan Aktiviti-Aktiviti yang dijalankan KEFDA sepanjang 2010/11


Ahli-ahli baru KEFDA juga didehkan dengan bagaimana cara terbaik untuk menjadi Fasilitator yang disenangai, yang mantap dan pe;bagai teknik-teknik yang cukup berkesan.

Majlis ini berakhir pada jam 11.30 malam.
Add caption


Malam pengenalan KEFDA adalah program y julung-julung kaki diadakan oleh KELAB FASILITATOR DARUL QURAN.

Malam ini merupakan malam utk meraikan Ahli-Ahli KEFDA y telah terpilih bg sesi 2011. Tahniah & Syabas pihak kami ucapkan.

Malam ini juga lebih pd mendedahkan kepada semua ahli b'kaitan pjalanan semasa program, aktiviti2 spanjang KEFDA di tubuhkn. Slain itu juga adalah utk memberi ruang kepadd semua ahli bagi mengenali barisan Perwakilan Kelab dgn lbih dekat.

Malam Pengenalan KEFDA akan diadakan sprti brikut:

Tarikh : 11 JUN 2011 (Sabtu)

Masa : 9.00 Malam

Tempat : Auditorium Sheikh Mohd Nor

Sasaran : DIWAJIBKAN kepada Semua Ahli KEFDA

Diharapkan kepada semua ahli agar dpt memberikan komitmen y b'sungguh dlm mnjalankn tanggungjawab sbagai DA'IE serta melapangkn masa utk menghadiri Malam Pengenalan KEFDA.

"Melakar Dimensi, Ukhuwah Terpatri, Mardhotillah Inspirasi"


Kelab Fasilitator Perkemat Darul Quran akan mengdakan pemilihan ahli baru 
untuk mahasiswa/i Darul Quran sesi kemasukan 2011/2014.

Oleh itu kepada mana-mana mahasiswa/i kemasukan Darul Quran sesi 2011/2014 yang berminat anda boleh menulis 

Nama, No. Tel dan No Bilik anda di softboard asrama.


Hanya 35 Orang yang terawal sahaja!!!  Siapa Cepat Dia dapat.

Maklumat Lanjut Hubungi Perwakilan KEFDA sesi 2010/2011.

Bersama kita merealisasikan impian masyarakat dalam membentuk Akhlak yang mulia.
Pada 29 April - 1 Mei 2011 Sekolah Menengan Kebangsaan Ampang Pecah (BESTARI) yang mana merupakan jiran Darul Quran telah menjemput seramai 20 Orang Fasilitator dan 8 Orang Koordinator bagi mengendalikan program NADWAH KECEMERLANGAN PELAJAR ISLAM untuk pelajar-pelajar
tingkatan 3 dan 5.

Program kali ini lebih menekankan bab solat, akhlak remaja akhir zaman serta tatacara seorang pelajar muslim. Di akhir program ini Pelajar-pelajar dan ibu bapa didedahkan dengan ceramah yang bertajuk "Ibu Bapa Peranan Penting untuk anak-anak".

Pelbagai input yang diterima oleh para pelajar di sini yang mana mereka benar0benar tersentuh dengan setiap aktiviti yang dijalankan.
 Pada 15-16 Mac 2011 Kelab Fasilitator Darul Quran sekali dijemput untuk menjadi fasilitator bagi
KEM IBADAH GEN Y untuk adik-adik tingkatan 3 dan 5. Program Kali ini adalah dengan kerjasama Mantop Training and Consultancy.

Seramai 180 orang pelajar telah menyertai kem ini yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Serendah.

Kem ini diadakan bagi mendidik para pelajar untuk mengenali keadaan semasa dan mendidik para pelajar untuk mengenali keindahan islam.
Pada pertengahan Mac 2011 Kelab Fasilitator Darul Quran Telah Dijemput untuk menjada Fasilitator bagi program MUKHAYYAM QIYADI TING 3 bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Rawang (SEPINTAR).

Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi melatih adik-adik tingkatan 3 menjadi seorang pemimpin islam yang berjaya.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Mengenal Allah, Forum, Muhasabah Diri, Riadah dan banyak lagi.