Darul Quran

product 1

Sebuah Institusi pengajian Al-Quran pertama di Malaysia yang menawarkan pendidikan bertaraf Sijil Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

PERKEMAT DQ

product 1

Badan NGO yang membantu menguruskan kebajikan Siswa Siswi Darul Quran

Artikel Siswa Siswi Darul Quran

product 1

Memaparkan Koleksi Artikel Siswa Siswi Darul Quran

Kem Motivasi Darjah Enam di Batu Caves

Kefda | 20:47 | 0 comments

Baru-baru ini, Kelab Fasilitator telah berada di Batu caves bersempena dengan Kem Motivasi yang diadakan khas untuk pelajar darjah enam yang akan menghadapi peperiksaan PSRA. Kem ini berlangsung selama dua hari, sabtu dan ahad. Namun begitu, krew Kelab Fasililatator seramai 15 orang telah tiba awal sehari bagi membuat persediaan. Krew yang terlibat adalah seramai 6 orang lelaki dan 9 orang perempuan.
     Objektif kem ini adalah bagi memberi semangat kepada para pelajar agar lebih bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan yang bakal mendatang dan menekankan nilai-nilai islam dalam rutin seharian prelajar. Antara aktiviti yang menarik yang telah diadakan adalah explorace, riadah bermodul, senam robik, Tahsin Al-Quran, dan Qiamullail. Aktiviti yang diadakan lebih kepada membedah kefahaman pelajar tentang pelajaran Fardhu Ain yang telah mereka pelajari. Antara yang ditekankan adalah praktikal wudhuk, tayammum, doa dan kefahaman asas-asas fardhu ain.
     Alhamdulillah, pelajar memberi sokongan yang jitu di dalam kem ini. Semoga adik-adik SRA Sg. Tua mendapat ibrah daripada kem yang telah diadakan ini. Wallahua'lam
     

Category:

Vk bhardwaj: My name is vikas . I'm administrator of Www.BestTheme.Net.This blog was opened for Demo test .

0 comments