Baru-baru ini, Kelab Fasilitator telah berada di Batu caves bersempena dengan Kem Motivasi yang diadakan khas untuk pelajar darjah enam yang akan menghadapi peperiksaan PSRA. Kem ini berlangsung selama dua hari, sabtu dan ahad. Namun begitu, krew Kelab Fasililatator seramai 15 orang telah tiba awal sehari bagi membuat persediaan. Krew yang terlibat adalah seramai 6 orang lelaki dan 9 orang perempuan.
Objektif kem ini adalah bagi memberi semangat kepada para pelajar agar lebih bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan yang bakal mendatang dan menekankan nilai-nilai islam dalam rutin seharian prelajar. Antara aktiviti yang menarik yang telah diadakan adalah explorace, riadah bermodul, senam robik, Tahsin Al-Quran, dan Qiamullail. Aktiviti yang diadakan lebih kepada membedah kefahaman pelajar tentang pelajaran Fardhu Ain yang telah mereka pelajari. Antara yang ditekankan adalah praktikal wudhuk, tayammum, doa dan kefahaman asas-asas fardhu ain.
Alhamdulillah, pelajar memberi sokongan yang jitu di dalam kem ini. Semoga adik-adik SRA Sg. Tua mendapat ibrah daripada kem yang telah diadakan ini. Wallahua'lam

Kelab Fasilitator telah membuka borang keahlian pada 04 Jun 2013 bertempat di atas okump. Untuk kali ini. Kelab Fasilitator telah membuka sebanyak 25 ruang untuk muslimin dan juga muslimat.
Sesi temuduga pada hari tersebut telah mendapat sambutan yang hangat daripada diploma semester 1. Sesi temuduga kali ini menampakkan pembaharuan dengan dua sesi iaitu sesi tahriri dan kuiz. Kuiz ini dikendalikan oleh saudara pengerusi, Ahmad Idris Bin Azmi dan saudara Muhammad Munir Bin Rahimi. Menepati kouta yg ditetapkan. InsyaAllah senarai nama ahli yang terpilih akan ditampal di softboard asrama. Semoga dengan adanya keahlian yang baru ini KEFDA menjadi lebih maju wallahualam
Kelab Fasilitator Darul Quran secara officially telah melibatkan diri dalam Language Fun Fiesta dengan membuka sebuah gerai atas nama Kelab Fasilitator Darul Quran. Gerai yang dibuka ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan KEFDA kepada warga Darul Quran juga sekelilingnya. Selain itu, Ia juga bertujuan untuk menjana dana Kelab.
Alhamdulillah, gerai ini mendapat sambutan daripada ramai pihak.Terdapat beberapa pameran diadakan di gerai ini. Sedikit sebanyak memperkenalkan KEFDA kepada warga Darul Quran..
wallahualam.
Kelab Fasilitator Darul Quran telah mengadakan Annual Grand
Dinner Kefda untuk
sesi 2013 bertempat di Auditorium Sheikh Mohd Noor, Darul Quran JAKIM pada 5 Februari 2013. Ia
berlangsung dari jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 11 malam. Antara yang
hadir pada malam itu adalah ahli Kelab fasilitator Darul Quran dan mantan
perwakilan KEFDA 12/13.
Antara
objektif Majlis ini adalah:
-
Meraikan mantan perwakilan KEFDA sesi 12/13
-
Memperkenalkan pucuk pimpinan dan gagasan KEFDA
sesi 13/14
-
Merapatkan ukhuwwah antara ahli kelab dan
perwakilan KEFDA.
-
Memberi ruang kepada ahli KEFDA untuk member cadangan
pembaharuan dalam kelab.
-
Menerangkan tentang lebih lanjut tentang fungsi
kelab kepada ahli KEFDA.
- Tayangan korporat Perwakilan KEFDA sesi 12/13 dan Perwakilan KEFDA sesi 13/14
- ucapan mantan pengerusi dan pengerusi baru
- Tayangan aktiviti KEFDA sepanjang tahun lepas
- serba sedikit penerangan tentang aktiviti KEFDA yang bakal berlangsung sepanjang tahun ini
- Jamuan makan
Gagasan
kali ini yang bertemakan “Ke arah anjakan Paradigma” berharap agar KEFDA
menjadi salah satu medium dakwah yang dapat memberi ruang kepada ahli-ahlinya
untuk terus berjuang dalam medan dakwah dan memantapkan ilmu serta pengalaman.
Wallahualam.